Thursday, September 11, 2008

Teguh pendirian vs Ego

Salam mahabbah kepada semua.

Teguh pendirian vs ego... suatu yang sentiasa menjadi persoalan dalam diri ana. Apa beza antara kedua-duanya?? Bila bercakap tentang teguh pendirian vs ego, ana akan ambil dalil dari umi ana katanya dalam versi kelate, “dey dio oyak hok tu, hok tu la”.Maksudnya dalam bahasa standart, kalau dia dah tetapkan sesuatu benda, benda tu yang dia nak. Di sini ana akan bawakan situasi supaya sahabat-sahabat dapat bantu ana membezakan antara kedua-dua sifat ini.


~INGAT PESAN AYAH BONDA~


Study case1:

Seorang akhawat ni pernah dilantik sebagai ketua rumah semasa diperantauan. Sampai masa untuk agih-agihkan tugasan harian, dia mencadangkan jadual yang akan di buat itu mengikut bentuk # contohnya. Cadangan ini berdasarkan pengalaman yang pernah di buat oleh orang-orang sebelum ini. Walaubagaimanapun sesetengah ahli rumah tersebut tidak setuju dan menetapkan jadual itu berbentuk * contohnya. Akhawat ini tetap dengan cadangannya untuk mengikut jadual yang pernah di buat itu tetapi ahli rumah tersebut tidak bersetuju dengannya. Adakan ini di classifikasi sebagai tetap pendirian?? Apa yang harus dilakukan oleh seorang ketua rumah yang mendapat tentangan ahli rumahnya??

Study case 2:

Dalam satu program, ana dikatakan main-main oleh committee dan diarah berbaris di hadapan. Seingat ana, ana tak main-main pun waktu itu(Cuba bayangkan, nak main-main macam mana dalam keadaan genting). Bila dituduh oleh committee, ana rasa macam teraniaya dan cuba pertahankan diri dengan menafikan tuduhan tersebut. Ana dikatakan cuba melawan kata pula. Adakah ini boleh dikategori sebagai ego??

Harap ikhwah dan akhawat dapat bagi respon atau berkonsi pandangan tentang tajuk ini.Jazakillah

1 comment:

sabri said...

Assalamualaikum..

Ego v Tegas pendirian..

Pertama dan selama-lamanya kita mesti meletakkan wahyu sbg priority dlm kehidupan kita. Betapa suka atau duka skali pun,,perlu kita leburkan diri kita dgn kehendak syarak. Kata-kata mmg mudah untuk diungkap..Tp blm tentu diri yg menulis pun mampu melaksana apa yg ditulis. Cuma sama2 diri yg dhaif ini mengajak kita sama2 berperang dgn nafsu kita dlm memastikan kehendak wahyu menjadi keutamaan.

Keutamaan menjadikan wahyu sbg panduan hidup kita ini lah dianggap sesuatu yg tak boleh diubah dan perlu tetap serta tegas..Itu yg kita juga diajar utk berdoa,,

”Ya Muqallibal qulub,,Thabit qulubana ala diinik”

“Ya Allah yg boleh membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu..”

Dlm Quran dan Hadith pun ada perkara yg disebut oleh Allah secara terang dan nyata..bila perkara itu Qat’ie(putus),so disitu kita xdibolehkan untuk takwil lagi dgn apa2 takwilan lain..disini perlu nya ketegasan..seperti pengharaman arak etc.

Namun ada juga disana perkara yg tidak dijelas kan oleh Allah secara detail dan disini, Allah membuka ruang kpd kita untuk menentu kannya..Contohnya arahan Allah supaya kita bermesyuarat..” Wa amruhum syura bainahum” “dan dalam urusan mereka, maka bermesyuaratla dengan mereka.”

Disini Allah xnyata kan berapa bilangan ahli syura,,di mana nak diadakan syura dan bila masanya..jadi kita la yg menentu kan sume itu mengikut kebijaksanaan kita..

Jadi pendek citernya,,study case yg diutarakan di atas jelas mengenai sesuatu yg tidak bersangkut paut dgn hokum hakam agama yg disebut secara lansung dalam Quran or Hadith. Tidak disebutkan halal, haram or secara jelas..maka disana ada kelonggaran dan terpulang kepada kebijaksanaan kita utk menguruskannya..

1st skali,dalam memutuskan perkara yg bersangkut paut dengan ramai orang,,sudah pasti caranya adalah dengan mengadakan mesyuarat..So kebijaksanaan dlm urusan seperti ini mesti la mengambil kira pandangan ahli mesyuarat( since melibatkan group).
Nabi sebut :
ما ندم من استخارى و ما خاب من استشارى
Tidak menyesal orang yang beristikharah dan tidak rugi orang yang bermesyuarat .
Ini panduan yg perlu kita ikuti..selesai satu isu..

Isu kedua, apakah ketua perlu mengeluarkan arahan dan bertegas dgn arahan tersebut sedangkan ramai tak bersetuju? Adakah disini timbul isu teguh pendirian?

Sebenarnya Islam mmg menyuruh kita untuk patuh pada pimpinan, samada senang or mudah. Isu meminta sumer taat pada pimpinan bukan beerti mengongkong. Tp untuk memelihara kt drp berpecah.dan dalam masa yg sama adalah utk melicinkan gerak kerja..lebih2 lagi dalam syura,,bila berlaku perbezaan pandangan dikalangan ahli, distu lah peranan ketua utk memutuskan sesuatu perkara setelah menimang sumer pandangan. So kat situ, perlu ader juga pertimbangan ketua dlm membuat keputusan dlm syura.

Since perkara dlm kes study tu hanya melibatkan isu jadual tugasan harian,,maka saya kira tidak memerlukan ketua utk bertegas dengan keputusannya,, bahkan perlu berbincang utk dapatkan keputusan yg terbaik..

Kita boleh refer kisah perang uhud..(boleh baca dlm fiqh seerah)

Nabi bermesyuarat dengan sahabat2 ttg urusan perang uhud. Maka ada dua pandangan sahabat..pertama, sebahagian drp mereka suka utk menunggu kaum Quraisy datang di madinah sahaja..Manakala group ke2 mohon supaya keluar menuju medan perang di luar madinah..Nabi menyebelahi pandangan supaya orang Islam hanya tunggu kedatangan kafir quraisy di madinah..tetapi golongan yg mahu keluar drp madinah mendesak2 supaya tentera islam keluar drp madinah..Ahkirnya nabi bersetuju dengan mereka. Lantas nabi memasuki rumah memakai baju besinya..Sahabat-sahabat rasa bersalah melihat keadaan nabi lalu memujuk supaya tentera Islam hanya tunggu di madinah semata-mata..Tetapi nabi menolak dan meneruskan keputusan awalnya utk tentera islam keluar drp madinah..

Kesimpulannya, nabi pun menerima keputusan sahabat, altho nabi Muhammad saw adalah seorang nabi dan rasul..

Begitu juga dgn keadaan dlm perang badar. Seorang sahabat xsetuju dgn kedudukan tentera islam di badar. Lalu menanyakan hal tersebut samada ia adalah tetap( wahyu) or strategi perang..Nabi menjawab bahawa ini hanya lah strategi..kemudian si sahabat tu mencadangkan agar posisi diubah..tentera islam maju kedepan dan menguasai telaga badar..Nabi akhirnya menerima cadangan ini..adakah nabi tak teguh pendirian di sini?soal strategi kadang2 orang yg ahli lebih mengetahuinya.. Begitu juga dengan kisah nabi menerima cadangan drp Salman Al-farisi utk menggali parit di sekeliling madinah dalam perang ahzab..

Tentu sekali segala perbuatan nabi adalah contoh pd kita..Jadi disini menunjukkan bahawa isu yg berkaitan dgn urusan dunia,,maka cara menyelesaikannya adalah melalui syura…dan syura pula mengambil kira maslahah yg paling besar di antara cadangan-cadangan yg diutara kan..

So xder masalahnya utk ketua menimang cadangan2 lain utk urusan jadual tugasan rumah.adalah lebih baik juga jika kt consider masalah ahli rumah yg kadang2 bermasalah utk bertugas di hari tertentu..so biar lah win-win situation..

Perkara 9 dlm rukun bai’ah ada sebut bab ukhuwah..Hassan Al-Banna sebut seringan2 ukhuwah adalah berlapang dada, dan sehebat2 ukhuwah adalah ithar…

kes 2
Ttg program slot disiplin tu,,saya juz lihat drp beberapa sudut..

Antara tujuan slot itu diadakan antaranya utk melahirkan peserta yg sentiasa tegas dan berdisiplin. Jadi tiap gerak geri yg tidak melambangkan ketegasan dan disiplin pasti lah akan di detect oleh committee walaupun dibuat secara xsengaja oleh peserta. So mmg xsalah utk committee memanggil dan cuba mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad mereka dlm memastikan objektif slot berjaya.

Antara objektif disiplin juga utk membina peserta yg fizikal n mentally tough. So tahap disiplin n hukuman standard yg tinggi dikenakan pada peserta sbg medan ujian..sebenarnya nak banding dgn hukuman ISA or penjara lebih teruk…

Tak salah juga utk anti bertindak melawan urusetia kerana sememangnya anti bkn bermaksud utk main-main dalam program. Bahkan mmg kita bukan mahu melahirkan peserta yg hanya pak turut,,tp peserta yg tahu n sedar apa yg mereka buat dan akan buat…sekadar itu shj..