Thursday, September 11, 2008

Renunglah sahabat2

Assalamualaikum wbt

Sahabat…Ingatlah setiap jawatan yang disandang itu bukanlah satu lambang kekuasaan atau menjadi lambang kemegahan tetapi ia adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka berusahalah untuk melaksanakan segala amanah itu dengan sebaiknya.

Sahabat…ramai yang menyedari bahawa penyertaan yang aktif dalam persatuan adalah suatu pekerjaan yang agak sia-sia. Letih yang diperoleh namun tiada gaji dibayar. Tapi ingatlah, pengalaman jugalah yang mematangkan kita dalam menempuh onak duri kehidupan yang mendatang.

Janganlah mengeluh dengan pelbagai kerja yang menunggu, pelbagai masalah yang menimpa setiap kali melaksanakan amanah tetapi bekerjalah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah segala masalah akan ditempuhi dengan hati yang tabah dan tenang.

Mungkin sebahagian kita berfikiran bahawa dengan berpersatuan , tumpuan kita terhadap pelajaran akan terganggu dan masa beristirehat makin berkurang. Memang tidak dinafikan tujuan utama kita berkumpul di bumi University adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang mampu, tapi ingatlah ilmu itu bukan semuanya dari buku yang dibaca, tetapi juga dari pengalaman-pengalaman yang diperoleh. Usah mengeluh tentang hal ini, bahagilah masa yang diberikan Allah dengan sebaiknya, jangan ditangguhkan sesuatu pekerjaan . InsyaAllah hidup kita akan lebih teratur dan segala kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Sahabat, ingatlah …Allah tidak akan membebankan kita atas apa yang kita tidak mampu. Mintalah pertolongan-Nya dalam setiap keadaan, insyaAllah jika kita membantu-Nya menegakkan agama-Nya, Dia akan sentiasa membantu kita dalam urusan-urusan kita.

SALAM PERJUANGAN !!



Ungkapan yang ana kira sangat bermakna untuk seorang pejuang yang dikurniakan Allah nikmat untuk berada dijalan ini. Ini merupakan watikah yang ana terima sewaktu di lantik sebagai unit Public and Relation, Quranic language Club (QLC)

No comments: