Thursday, April 23, 2009

Taa’sub!! kita terlibat sama??

Assalamua’laikum…


Untuk isu ini,bukan saya nak menilai sesiapa tapi nak menyeru kita semua untuk nilai diri sendiri. Saya hendak ketengahkan soal: taa'sub!!Kita terlibat sama??


Ya ayyuhal Ikhwah wa akhawat

Siapa yang di labelkan MAHASIAWA/WI?? Mereka adalah golongan cerdik pandai yang bebas dari pengaruh mana-mana kumpulan dalam membuat sesuatu penilaian. Itu salah satu perkara yang saya dapat dari satu kem kepimpinan. Betulkah kita adalah begitu bila berhadapan dengan satu-satu isu. Pandangan kita bergantung kepada maklumat yang ada atau copy pandangan kawan. Contohnya, Isu PPSMI. Benarkah semua mahasiswa/wi yang turun menyertai penyerahan memorandum bantahan PPSMI jelas dan faham sebab bantahan tersebut. Atau sekadar ikut-ikutan, taa’sub mahupun taklid buta. Mungkin golongan yang menaja perhimpunan tadi arif dalam bab ini tapi bagaimana kita yang menyertainya. Dalam bab akidah, jumhur ulama bersepakat mengharamkan taklid dalam akidah. Taa’sub dan taklid buta lah yang menjadikan umat ini lemah.



Orang kata, sejarah akan berulang maka belajarlah dari sejarah. Ayuh kita buka lipatan sejarah. Antara faktor2 kejatuhan Islam adalah sikap extreme berpuak dan taasub dengan mazhab masing2 sehingga menolak mentah2 kumpulan yang lain. Di sebabkan taa’sub, ada golongan dari umat ini yang sanggup membakar buku2 karya muslim dalam bidang philosophy dan beberapa buku dalam bidang theology cthnya karya Ibnu Rushd dan Al-Ghazali. Apa ni?? Malang sungguh nasib kita, (dalam bahasa yang agak kasar) tidak cukup dibantai oleh musuh Islam dengan saudara seakidah pun kena bantai. Dimana kita jika kita hidup dizaman Saidina Ali vs Muawiyyah semasa Perang Siffin berlaku.Di pihak Saidina Ali atau Muawiyyah atau golongan yang tidak ambil peduli masalah ummat? Sangat sukar bukan.Saya sendiri bingung dalam memilih kerana kedua-duanya sahabat Rasulullah saw. Apa yang pasti, bukan golongan yang ketiga tadi. Ini sangat merugikan umat Islam sendiri. Musuh2 Islam bersorak kegembiraan melihat wayang umat ini berpecah-belah.


Ketika dunia telah digemparkan dengan serangan PWTC, Amerika mengaitkan Osama bin Laden adalah pengganas yang mendalang tragedy buruk ini. Apabila pihak media meminta Yusuf Islam(cat steven-tak silap,time tu sudah 10 tahun memeluk islam) memberi komen tentang keterlibatan Osama bin Laden yang dilabelkan penganas dunia ini. apa katanya?? Isinya lebih kurang begini, Jika Osama berada di pihak yang benar, saya akan berada dipihaknya dan sekiranya betul Osama bin Laden adalah pengganas dunia, saya tetap akan berada dipihaknya untuk menasihatinya supaya tidak menzalimi diri sendiri. Orang muslim adalah bersaudara dan saya tidak akan membenarkannya terus menzalimi diri sendiri melakukan dosa.


Subhanallah, cantiknya ukhuwwah islamiyyah ini. Pandangan seorang yang memahami islam, yang sentiasa menyokong orang muslim kearah kebenaran.Jika betul… dia setuju, jika salah… dia betulkan.Bagaimana dengan kita? Apa stand kita jika berhadapan dengan dua orang muslim yang menghadapi konflik, seorang adalah sahabat baik kita yang terang-terang bersalah manakala seorang lagi sahabat biasa yang berada di pihak yang benar. Apa yang menjadi pegangan kita?? Hm...berteori memang mudah,praktikalnya!Tepuk dada tanya IMAN.


“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kpdmu dahulu(masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dgn kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kpdmu agar kamu mendapat petunjuk” Al-Imran 3:103


Ya Allah, satukan lah hati2 kami dalam mencari redhaMU.Amin…

Wednesday, April 22, 2009

Nyahkan stress

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulliah Segala puji bagi Allah, masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus menghirup oksigen hingga ke hari ini tanpa perlu membayarnya.


Ya Allah, bersyukur sgt2 dapat melepasi fatrah exam kali ini. Rasa hilang satu beban yang ditanggung. Selamat berjuang dengan pena untuk yang masih menempuhinya. Hm…Exam. Exam dan stress sangat sinonim kalau digandingkan sekali. Ada yang berpendapat, tak exam pun stress, exam pun stress. Jika ia terjadi, apa yang anda lakukan??

Adakah ini cara anda men’nyah’kan stress!?

1. Makan coklat

2. Menyanyi

3. Tidur

4. Tafakur alam/ bersiar2

5. Berzikir

6. Tilawah & mendengar alunan Al-Quran

Mungkin ini lah jawapan yang biasa kita dengar. Tidak mustahil untuk saya katakan, mugkin ada langkah pelik yangdiamalkan oleh sesetengah individu.eg. Pernah seorang menteri kabinet muslim mensarankan untuk menari apabila menghadapi stress. Inikah cara yang terbaik yang islam gariskan?


Semua jawapan yang diberikan kurang tepat termasuk yang menari tadi. Saya tidak menafikan keagungan membaca kalam Allah dapat menyahkan stress tapi kurang tepat. Anwser it in one word. GUESS…


Dr A’id Al-Qarni dalam bukunya ‘MENAKJUBKAN Potret hidup insan BERIMAN’, beliau mengatakan seluruh kehidupan orang mukmin adalah baik-saat mendapat nikmat & saat kena musibah, saat sehat & saat sakit, saat kaya & saat miskin, saat lapang & saat sempit, saat tenang & saat susah-oleh kerana dia adalah hamba-milik Allah dalam setiap keadaan. Dia ridha dengan ketentuan-Nya, tunduk pasrah kepada perintah-Nya, mengharap pahala kepada Rabbnya, bertawakkal kepada Khalidnya. Dia hidup di antara syukur dan sabar, menerima ketentuan takdir, dan menyakini bahawa apa yang Allah pilihkan untuknya adalah lebih baik daripada pilihannya sendiri.


Do you get the answer?

Yes, It is ‘IMAN’!



Alhamdulillah,syukur… tekanan menghadapi exam lah yang meng’force’ students untuk menghabiskan silibus2 yang tertunggak sebelum ini. Kalau tak ada exam, tak tau apa yang kita belajar sepanjang sem. Dengan menyedari kita adalah hamba Allah dalam setiap keadaan dan menggalas amanah ayah bonda lah yang memotivasikan kita untuk terus sabar mengharungi exam.

Berbalik kepada stress, masih tersisakah stress setelah anda mengaplikasikan sifat syukur dan sabar dalam situasi ini?


Tahniah! anda telah berjaya mennyahkan stress. Hidup bahagia tanpa stress.


Oleh yang demikian, benarlah slogan kempen sewaktu saya di matrik “No stress for real muslim”-mengakui dengan yakin setiap perkara yang terjadi adalah kehendak Tuhan.