Thursday, September 11, 2008

Teguh pendirian vs Ego

Salam mahabbah kepada semua.

Teguh pendirian vs ego... suatu yang sentiasa menjadi persoalan dalam diri ana. Apa beza antara kedua-duanya?? Bila bercakap tentang teguh pendirian vs ego, ana akan ambil dalil dari umi ana katanya dalam versi kelate, “dey dio oyak hok tu, hok tu la”.Maksudnya dalam bahasa standart, kalau dia dah tetapkan sesuatu benda, benda tu yang dia nak. Di sini ana akan bawakan situasi supaya sahabat-sahabat dapat bantu ana membezakan antara kedua-dua sifat ini.


~INGAT PESAN AYAH BONDA~


Study case1:

Seorang akhawat ni pernah dilantik sebagai ketua rumah semasa diperantauan. Sampai masa untuk agih-agihkan tugasan harian, dia mencadangkan jadual yang akan di buat itu mengikut bentuk # contohnya. Cadangan ini berdasarkan pengalaman yang pernah di buat oleh orang-orang sebelum ini. Walaubagaimanapun sesetengah ahli rumah tersebut tidak setuju dan menetapkan jadual itu berbentuk * contohnya. Akhawat ini tetap dengan cadangannya untuk mengikut jadual yang pernah di buat itu tetapi ahli rumah tersebut tidak bersetuju dengannya. Adakan ini di classifikasi sebagai tetap pendirian?? Apa yang harus dilakukan oleh seorang ketua rumah yang mendapat tentangan ahli rumahnya??

Study case 2:

Dalam satu program, ana dikatakan main-main oleh committee dan diarah berbaris di hadapan. Seingat ana, ana tak main-main pun waktu itu(Cuba bayangkan, nak main-main macam mana dalam keadaan genting). Bila dituduh oleh committee, ana rasa macam teraniaya dan cuba pertahankan diri dengan menafikan tuduhan tersebut. Ana dikatakan cuba melawan kata pula. Adakah ini boleh dikategori sebagai ego??

Harap ikhwah dan akhawat dapat bagi respon atau berkonsi pandangan tentang tajuk ini.Jazakillah

Beramal dengan ILMU



~Dalil perintah berpuasa~

Renunglah sahabat2

Assalamualaikum wbt

Sahabat…Ingatlah setiap jawatan yang disandang itu bukanlah satu lambang kekuasaan atau menjadi lambang kemegahan tetapi ia adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka berusahalah untuk melaksanakan segala amanah itu dengan sebaiknya.

Sahabat…ramai yang menyedari bahawa penyertaan yang aktif dalam persatuan adalah suatu pekerjaan yang agak sia-sia. Letih yang diperoleh namun tiada gaji dibayar. Tapi ingatlah, pengalaman jugalah yang mematangkan kita dalam menempuh onak duri kehidupan yang mendatang.

Janganlah mengeluh dengan pelbagai kerja yang menunggu, pelbagai masalah yang menimpa setiap kali melaksanakan amanah tetapi bekerjalah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah segala masalah akan ditempuhi dengan hati yang tabah dan tenang.

Mungkin sebahagian kita berfikiran bahawa dengan berpersatuan , tumpuan kita terhadap pelajaran akan terganggu dan masa beristirehat makin berkurang. Memang tidak dinafikan tujuan utama kita berkumpul di bumi University adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang mampu, tapi ingatlah ilmu itu bukan semuanya dari buku yang dibaca, tetapi juga dari pengalaman-pengalaman yang diperoleh. Usah mengeluh tentang hal ini, bahagilah masa yang diberikan Allah dengan sebaiknya, jangan ditangguhkan sesuatu pekerjaan . InsyaAllah hidup kita akan lebih teratur dan segala kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Sahabat, ingatlah …Allah tidak akan membebankan kita atas apa yang kita tidak mampu. Mintalah pertolongan-Nya dalam setiap keadaan, insyaAllah jika kita membantu-Nya menegakkan agama-Nya, Dia akan sentiasa membantu kita dalam urusan-urusan kita.

SALAM PERJUANGAN !!



Ungkapan yang ana kira sangat bermakna untuk seorang pejuang yang dikurniakan Allah nikmat untuk berada dijalan ini. Ini merupakan watikah yang ana terima sewaktu di lantik sebagai unit Public and Relation, Quranic language Club (QLC)

Tuesday, September 9, 2008

Puasa Meraih Taqwa



Kebiasaannya manusia selalu berkeluh-kesah bila ada ujian yang menimpa. Ana pernah di uji dengan satu ujian Allah yang sangat berat yang tidak pernah ana rasa ujian seberat itu sebelum ini(sewaktu di Kmph). Pada waktu itu, keimanan ana memang teruji. Untuk kesekian kalinya ana bertanya kepada seorang sahabat ana,cara hendak menjaga taqwa. Insya4JJI, kita sama-sama mengambil manfaat dari text ini.

Allah swt sentiasa memanggil dan menyuruh orang-orang beriman selalu meningkatkan ketakwaan nya dengan sebenar-benar taqwa(haqqa tuqatihi). Firman Allah swt “…bawalah bekal, kerana sebaik-baik bekal adalah takwa…” (Al-Baqarah 2: 197)

Mempertahankan iman adalah perjuangan, demikian pula dalam sabar. Semua itu merupakan perjuangan yang panjang dan tidak kunjung habis.

Ibadah puasa dengan latihan kesabaran tak dapat dipisahkan, meskipun sabar bukan tujuan utama puasa. Tujuan puasa adalah untuk meraih ketinggian darjat takwa. Tetapi sabar itu sendiri tidak dapat pisahkan dari darjat takwa.

Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Hai, orang-orang yang beriman berlaku sabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu serta bertakwalah kamu agar kamu mendapat kemenangan.”
(Al-Imran :200)


Fathi Yakan dalam bukunya yang berjudul “Qowqqribun Najat Fi Hayatid Dutat”, mengatakan bahawa iman bukanlah sekadar konsepsi atau mengenai tarbiyah robbaniyah sahaja tanpa pelaksanaannya secara nyata. Iman harus terwujud dalam bentuk alamiah yang dapat membersihkan noda-noda jiwa dan dapat meningkatkan darjat kita pada kesempurnaan. Sedangkan puasa merupakan salah satu latihan spiritual yang terpenting. Puasa dapat 1.memperkuat iradat dan menjadikan iman dan taqwa sebagai pengendali jasad fizikal dan 2.menundukkan tuntutan jasad rohani. Puasa juga dapat 3.memperhaluskan perasaan, mengembangkan kecenderungan ke arah yang luhur serta 4.membersihkan fikrah dan 5.menjernihkan hati.

Pembersihan jiwa adalah hal yang pokok dalam puasa. Oleh kerana itu keberhasilan puasa Ramadhan dapat kita tinjau dari aspek, yakni kesabarannya, kekuatan iradahnya dan ketaatannya kepada Allah swt. Semua ini tidak lain merupakan perwujudan taqwa.

Pada hakikatnya, Ramdhan merupakan “madrasah” bagi orang yang dapat memanfaatkannya sebaik-baiknya.

Di bulan Ramadhan seorang muslim dapat memperbaharui ikatan-ikatan iman dan Islam pada dirinya dan dapat membawa bekalan sebanyak-banyaknya untuk dapat menutupi segala kekurangan dan kelemahan.

Sisi lain dari hikmah Ramadhan ialah dengan muncul dan semaraknya syiar Islam (secara lahiriah), seperti pertambahan kuantiti umat yang berkunjung ke masjid dan surau. Apa tidaknya, dalam bualn ini kita akan menyaksikan ramai anak-anak muda terutamanya terlibat dengan berbagai activiti seperti tadarus Al-Quran, tadabur dan tidak kurang kuliah agama di sekolah, kampus mahupun di institusi-institusi.

Ini menunjukkan bahawa rahmat Allah swt ada di mana-mana. Orang kafir pun dapat merasakan hal ini dengan meninggalkan jual-beli, baik dalam hal makanan mahupun keperluan. Islam sebagai rahmatan lil a’lamin pada saat itu akan dapat mereka rasakan.

Ramadhan benar-benar merupakan bulan yang mampu meningkatkan ruh Islam , syiar Islam dan ukhuwah Islamiyah.

Kita berharap, puasa dapat mengembalikan kefitrahan kita, sehingga dapat mengisi kehidupan ini dengan sebaik-baiknya dengan semakin meningkatkan amalan-amalan ibadat kita.

Wallahu a’lam…

Ulasan or edit ckit2 daripada : )
“KEAJAIBAN AKIDAH
Penerang Jalan Kecemerlangan Insan Mukmin”
Penerbit : Pustaka Jiwa Sdn. Bhd

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.

Suatu sejarah yang tidak dapat dilupakan apabila pertama kali ditugaskan menyampaikan ceramah berkenaan Ramadhan dalam masa hampir setengah jam secara sepontan. Ana cuba sampaikan apa sahaja yang terlintas untuk memenuhi slot tersebut tapi apa komen juri?? Komel salah seorang juri dihadapan sahabat-sahabat ana, “Ceramah kamu tak menarik langsung, tak sedap, tak ada fakta!! Yang ada hanya ‘goreng-goreng’ sahaja”. Apa tindakan anda apabila mengalami situasi begitu? Senyuman adalah ubat kepada ketegangan. Dengan penuh iktikad ana bisikkan dalam hati, ana sedang diuji. Bersabar sahaja yang mampu dibuat...

Sekadar perkongsian bersama (bukan ceramah =>) untuk pengisian di bulan yang mulia ini, satu hadith yang diriwayat daripada Tabrani ; daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit r.a, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda pada suatu hari sedangkan Ramadhan telah datang kepada kami “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah swt akan menumpukan perhatianNya kepadamu di dalamnya, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa, Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu di dalamnya dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah dia yang telah diharamkan dari rahmat Allah swt pada bulan ini”


Jom berlumba-lumba mencari rahmat Allah.

Dalam hadith ini, kita boleh lihat betapa besarnya keberkatan bulan ini berbanding bulan-bulan lain.Pertama-tamanya, Allah akan menumpukan perhatianNya kepada kita hamba-hambaNya, menurunkan Rahmat, menggugurkan dosa serta mengkabulkan doa-doa kita. Apakah yang lebih diharapkan dari seorang hamba yang dhaif ini selain dari itu semua. Dia menyaksikan perlumbaan-perlumbaan kita di bulan ini. Berlumba-lumba ialah melakukan sesuatu dengan kehendak yang bersungguh-sungguh untuk mengatasi orang lain, bekerja dalam melawan dan menandingi orang lain. Bukanlah suatu perkara yang hendak dimegah-megahkan tetapi sekadar menceritakan nikmat Allah swt. Memang celaka bagi manusia yang telah diberi kesempatan untuk memasuki bulan ini tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat darinya samaada rahmat dan maghfirahNya. Nauzibillah himinzalik…Moga madrasah tarbiyah ini mampu memupuk didriku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
“Ya Allah jadikanlah Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya & ketemukanlah daku dengan malam yang tiada malam yang lebih baik darinya(Lailatu Qadar)” amin…