Tuesday, May 12, 2009

Overload kerja

Bismillahhirrahmanirahim…

Saya biasa dengar kawan2 selalu sebut overload kerja. Saya dapati konsep overload kerja ni sama dengan konsep subject yang saya sudah belajar. Bagi saya yang ambil subject C++/object
oriented programming,overloading tidak menjadi masalah kerana yang bekerja adalah mesin.

Cth coading:

void print(int x)
{ cout << x; }
void print(const Passenger&pass)
{ cout << pass.name << " " << pass.mealPref;
if(pass.isFreqFlyer)
cout << " " << pass.freqFlyerNo; }

Saya ingin mengumpamakan void print di atas adalah seorang individu yang sama, memikul pelbagai tanggungjawab yang berbeza dalam satu2 masa. Dialah yang merancang, dialah yang melaksana, dialah yang buat report dan boleh dikatakan semua kerja dialah yang uruskan. Bagi sesebuah system coading saya kira ia tidak menjadi masalah. Yang menjadi persoalannya kenapa wujud overload kerja dalam kelompok muslim yang yang dikatakan merasai ukhuwwah fillah. Benarkan ukhuwwah yang terjalin ini betul2 sudah dirasai oleh kita sehingga kawan kita berhempas-pulas seorang diri melaksanakan tugas?


Jika kita imbau sirah ,zaman para sahabat, tabi' mahupun tabi' tabiin kita akan dapati ukhuwwah sangat penting dalam perkembangan Islam itu sendiri.Contohnya,dalam satu perang salib. Ketika peperanagn sudah reda. Tentera kristian kehairanan melihat sekumpulan tentera muslimin mengejar sesuatu yang berada di dalam sungai. Setelah di selidik, rupa2nya satu cawan tentera muslimin jatuh ke dalam sungai. Mereka sungguh ta’jub dengan sikap kebersamaan kaum muslimin yang saling rasa bertanggungjawab untuk mendapatkan kembali cawan yang jatuh tadi walaupun hanya sekecil2 perkara(cawan) apatah lagi perkara yang besar(mendapatkan daulah Islamiyyah).


Subhanallah shbt2, begitu kuat ukhuwwah mereka,saling rasa bertanggungjawab untuk memprotect antara satu sama lain. Kata panglima tentera kristian(maksudnya lbh kurang begini) “Jika begini kuat ukhuwwah kaum muslimin, kita selama-lamanya tidak mampu untuk mengalahkan mereka melalui peperangan.” Sebab itulah org kristian tidak lagi menguasai kaum muslimin dengan peperangn tapi dengan serangan pemikiran.Mrk hancurkan kekuatan kaum mislimin dengan hiburan etc.

Ada satu benda yang mengetuk benak fikiran ini bila baca satu hadith. Rasulullah saw bersabda, “seorang muslim dengan seorang muslim yang lain umpama seperti satu angota badan, jika sakit satu anggota maka akan sakit lah seluruh tubuh dengan tidak dapat tidur”.



Adakah saya boleh rasa bersenang-lenang sedang kawan satu biro saya atau kawan rapat saya sedang bertungkus-lumus menyelesaikan tugasan-tugasan yang masih tertunggak? WaAllahi…saya tak sanggup lihat ini terjadi. Walau tidak dapat menyelesaikan tugasan2 yang bertimbun2 itu sekuran2nya kita cuba ringankan bebannya dari segi menjaga makanan, pakaian dan kebersihan biliknya. Mana silapnya kita jika overload kerja masih terjadi kepada satu-satu kelopok muslim yang melafazkan,” kami berukhuwwah fillah” ? Silap strategi atau silap iman kita yang masih belum merasa kekuatan ukhuwwah dalam kita bersahabat? Tepuk dada tanya iman.


Rasulullah saw bersabda dalam satu hadith:
“Bukan dari golongan aku orang yang tidak mengambil peduli hal ehwal kaum muslimin”

Ya Allah, tempatkan daku di kalangan orang2 yang Kau cintai. Amin…



Saya melihat...untuk merungkaikan masalah overload kerja, perlulah kelompok kaum muslimin ini memperkuat ikatan ukhuwwah sesama mereka dengan meneguhkan ikatan kita dengan Raja yang memiliki segala hati(Allah).

"Dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(org beriman). Walaupun kamu menginfakkkan semua(kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Al-Anfal8:63)


WaAllahua'lam...

2 comments:

Radziah Abu Bakar said...

Salam. apa yang penting ialah husnuz zon sesama sahabat dan cuba mengeratkan silaturrahim. sebetulnya, kedua-dua pihak perlu memahami antara satu sama lain. Serendah-rendah tahap ukhuwah islah berbaik sangka sesama sahabat.

aimi said...

Salam.sebenarnya, ape yang saya ingin katakan bahawa: Sekiranya hati ini tidak same2 rasa kepayahan/keperitan bila seorang sahabat saya menanggung kepayahan maksudnya~ saya kena hantar workshop iman ini. Semuanya berbalik pada level iman ini. Semakin sihat dia, semakin sensetif pada agama