Saturday, December 20, 2008

SEKSIKAH KITA???

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT,
SEKSISKAH KITA???

Persoalan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.


Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, ” Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.
Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, ” Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus“.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2″ Untuk berkahwin
“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. ‘

4. Telefon Tidak ‘Urgent’
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.

Firman Allah Subhanahu Wataala :
Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)
Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam

Friday, October 17, 2008

Erti kemaafan BATIN & ZAHIR



SAlam Lebaran...Apa erti Eid tahun ini buat shbt2 smua.Hm...No comment.Dah lama tak berkesempatan update blog. Sebenarnya lupa password, tambah lagi banyak sangat assignment & project nak disiapkan. Hamdah, dpt juga terus menulis.=P.

Pelajaran penting yang ana terima daripada lecture UNGS ku dari Bangladesh ( Ustz Mohd Yusuf Ali) dalam class pertama selepas cuti eid. Apa katanya?? “I thing, we need to change the word from, ‘Maaf Zahir & Batin’ to ‘Maaf Batin & Zahir’. You know why? If our batin satel, insyaallah our zahir also satel( If our batin is good, insyaallah our zahir must also good.)

Jika kita renung semula & bandingkan apa yang ustz jelaskan dengan apa yang telah junjungan besar Nabi Muhammad saw sampaikan kepada kita dalam hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim.

….”Ketahuilah! Bahawa di Dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.

Example yang mudah:
Memberikan kemaafan tidak semestinya perlu diungkapkan. Kita boleh lihat dari tingkah-laku seseorang.

Proof 1:
Anda mengalami krisis dengan sahabat anda. Menjadi adat, bila Hari Raya tiba kita saling bermaaf-maafan dan kita saling menerima kemaafan masing-masing. Suatu keajaiban berlaku, kalian masih merasa kurang senang bila bertemu dan cuba mengelak untuk bertemu. Adakan ini yang dikatakan sudah memberi kemaafan sedangkan kalian sudah menerima kemaafan? Pada hemat ana yang dhaif ini, kalian hanya memaafkan kesalahan zahir sahaja tanpa disusuli kemaafan batin.

Proof 2:
Contoh yang lain, seorang ibu misalnya. Berapa banyak dosa kita terhadap ibu kita sejak dari kita dalam kandungan hingga kita kesaat ini. Dalam kandungan- tending perut ibu, masa kecil sgt nakal-hiper aktiv, bila masuk universiti, kurang tanya kabar. Bagaimana penerimaan mereka terhadap kita? Sayangnya masih sama dan tidak pernah luput dek zaman. Betapa besarnya kasih-sayang seorang bonda terhadap kita. Penerimaan mereka sangat baik terhadap kita. Kenapa ye? Kerana mereka telah memaafkan kesalahan batin kita walaupun tidak diungkapkan dengan perkataan tapi dizahirkan dengan perbuatan. Ada mereka lafazkan, “Mak maafkan segala dosa kamu sejak dalam kandungan hingga sekarang”? Ana percaya,Insyaallah, mereka memaafkan dosa zahir kita juga. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang bersalah,kita perlu juga minta ampun dari mereka meskipun penerimaan mereka baik. Kan redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa

Oleh yang demikian, mulai saat ini… Mulakan dengan kemaafan BATIN & ZAHIR. Kepada sahabat ana, maafkan segala kesalah BATIN& ZAHIR ana ye.Terutama kepada Usu yang tersayang. Diri ini sgt lemah, sentiasa melakukan kesilapan. Syg semua, InsyaAllah.

Thursday, September 11, 2008

Teguh pendirian vs Ego

Salam mahabbah kepada semua.

Teguh pendirian vs ego... suatu yang sentiasa menjadi persoalan dalam diri ana. Apa beza antara kedua-duanya?? Bila bercakap tentang teguh pendirian vs ego, ana akan ambil dalil dari umi ana katanya dalam versi kelate, “dey dio oyak hok tu, hok tu la”.Maksudnya dalam bahasa standart, kalau dia dah tetapkan sesuatu benda, benda tu yang dia nak. Di sini ana akan bawakan situasi supaya sahabat-sahabat dapat bantu ana membezakan antara kedua-dua sifat ini.


~INGAT PESAN AYAH BONDA~


Study case1:

Seorang akhawat ni pernah dilantik sebagai ketua rumah semasa diperantauan. Sampai masa untuk agih-agihkan tugasan harian, dia mencadangkan jadual yang akan di buat itu mengikut bentuk # contohnya. Cadangan ini berdasarkan pengalaman yang pernah di buat oleh orang-orang sebelum ini. Walaubagaimanapun sesetengah ahli rumah tersebut tidak setuju dan menetapkan jadual itu berbentuk * contohnya. Akhawat ini tetap dengan cadangannya untuk mengikut jadual yang pernah di buat itu tetapi ahli rumah tersebut tidak bersetuju dengannya. Adakan ini di classifikasi sebagai tetap pendirian?? Apa yang harus dilakukan oleh seorang ketua rumah yang mendapat tentangan ahli rumahnya??

Study case 2:

Dalam satu program, ana dikatakan main-main oleh committee dan diarah berbaris di hadapan. Seingat ana, ana tak main-main pun waktu itu(Cuba bayangkan, nak main-main macam mana dalam keadaan genting). Bila dituduh oleh committee, ana rasa macam teraniaya dan cuba pertahankan diri dengan menafikan tuduhan tersebut. Ana dikatakan cuba melawan kata pula. Adakah ini boleh dikategori sebagai ego??

Harap ikhwah dan akhawat dapat bagi respon atau berkonsi pandangan tentang tajuk ini.Jazakillah

Beramal dengan ILMU



~Dalil perintah berpuasa~

Renunglah sahabat2

Assalamualaikum wbt

Sahabat…Ingatlah setiap jawatan yang disandang itu bukanlah satu lambang kekuasaan atau menjadi lambang kemegahan tetapi ia adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka berusahalah untuk melaksanakan segala amanah itu dengan sebaiknya.

Sahabat…ramai yang menyedari bahawa penyertaan yang aktif dalam persatuan adalah suatu pekerjaan yang agak sia-sia. Letih yang diperoleh namun tiada gaji dibayar. Tapi ingatlah, pengalaman jugalah yang mematangkan kita dalam menempuh onak duri kehidupan yang mendatang.

Janganlah mengeluh dengan pelbagai kerja yang menunggu, pelbagai masalah yang menimpa setiap kali melaksanakan amanah tetapi bekerjalah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah segala masalah akan ditempuhi dengan hati yang tabah dan tenang.

Mungkin sebahagian kita berfikiran bahawa dengan berpersatuan , tumpuan kita terhadap pelajaran akan terganggu dan masa beristirehat makin berkurang. Memang tidak dinafikan tujuan utama kita berkumpul di bumi University adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang mampu, tapi ingatlah ilmu itu bukan semuanya dari buku yang dibaca, tetapi juga dari pengalaman-pengalaman yang diperoleh. Usah mengeluh tentang hal ini, bahagilah masa yang diberikan Allah dengan sebaiknya, jangan ditangguhkan sesuatu pekerjaan . InsyaAllah hidup kita akan lebih teratur dan segala kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Sahabat, ingatlah …Allah tidak akan membebankan kita atas apa yang kita tidak mampu. Mintalah pertolongan-Nya dalam setiap keadaan, insyaAllah jika kita membantu-Nya menegakkan agama-Nya, Dia akan sentiasa membantu kita dalam urusan-urusan kita.

SALAM PERJUANGAN !!



Ungkapan yang ana kira sangat bermakna untuk seorang pejuang yang dikurniakan Allah nikmat untuk berada dijalan ini. Ini merupakan watikah yang ana terima sewaktu di lantik sebagai unit Public and Relation, Quranic language Club (QLC)

Tuesday, September 9, 2008

Puasa Meraih Taqwa



Kebiasaannya manusia selalu berkeluh-kesah bila ada ujian yang menimpa. Ana pernah di uji dengan satu ujian Allah yang sangat berat yang tidak pernah ana rasa ujian seberat itu sebelum ini(sewaktu di Kmph). Pada waktu itu, keimanan ana memang teruji. Untuk kesekian kalinya ana bertanya kepada seorang sahabat ana,cara hendak menjaga taqwa. Insya4JJI, kita sama-sama mengambil manfaat dari text ini.

Allah swt sentiasa memanggil dan menyuruh orang-orang beriman selalu meningkatkan ketakwaan nya dengan sebenar-benar taqwa(haqqa tuqatihi). Firman Allah swt “…bawalah bekal, kerana sebaik-baik bekal adalah takwa…” (Al-Baqarah 2: 197)

Mempertahankan iman adalah perjuangan, demikian pula dalam sabar. Semua itu merupakan perjuangan yang panjang dan tidak kunjung habis.

Ibadah puasa dengan latihan kesabaran tak dapat dipisahkan, meskipun sabar bukan tujuan utama puasa. Tujuan puasa adalah untuk meraih ketinggian darjat takwa. Tetapi sabar itu sendiri tidak dapat pisahkan dari darjat takwa.

Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Hai, orang-orang yang beriman berlaku sabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu serta bertakwalah kamu agar kamu mendapat kemenangan.”
(Al-Imran :200)


Fathi Yakan dalam bukunya yang berjudul “Qowqqribun Najat Fi Hayatid Dutat”, mengatakan bahawa iman bukanlah sekadar konsepsi atau mengenai tarbiyah robbaniyah sahaja tanpa pelaksanaannya secara nyata. Iman harus terwujud dalam bentuk alamiah yang dapat membersihkan noda-noda jiwa dan dapat meningkatkan darjat kita pada kesempurnaan. Sedangkan puasa merupakan salah satu latihan spiritual yang terpenting. Puasa dapat 1.memperkuat iradat dan menjadikan iman dan taqwa sebagai pengendali jasad fizikal dan 2.menundukkan tuntutan jasad rohani. Puasa juga dapat 3.memperhaluskan perasaan, mengembangkan kecenderungan ke arah yang luhur serta 4.membersihkan fikrah dan 5.menjernihkan hati.

Pembersihan jiwa adalah hal yang pokok dalam puasa. Oleh kerana itu keberhasilan puasa Ramadhan dapat kita tinjau dari aspek, yakni kesabarannya, kekuatan iradahnya dan ketaatannya kepada Allah swt. Semua ini tidak lain merupakan perwujudan taqwa.

Pada hakikatnya, Ramdhan merupakan “madrasah” bagi orang yang dapat memanfaatkannya sebaik-baiknya.

Di bulan Ramadhan seorang muslim dapat memperbaharui ikatan-ikatan iman dan Islam pada dirinya dan dapat membawa bekalan sebanyak-banyaknya untuk dapat menutupi segala kekurangan dan kelemahan.

Sisi lain dari hikmah Ramadhan ialah dengan muncul dan semaraknya syiar Islam (secara lahiriah), seperti pertambahan kuantiti umat yang berkunjung ke masjid dan surau. Apa tidaknya, dalam bualn ini kita akan menyaksikan ramai anak-anak muda terutamanya terlibat dengan berbagai activiti seperti tadarus Al-Quran, tadabur dan tidak kurang kuliah agama di sekolah, kampus mahupun di institusi-institusi.

Ini menunjukkan bahawa rahmat Allah swt ada di mana-mana. Orang kafir pun dapat merasakan hal ini dengan meninggalkan jual-beli, baik dalam hal makanan mahupun keperluan. Islam sebagai rahmatan lil a’lamin pada saat itu akan dapat mereka rasakan.

Ramadhan benar-benar merupakan bulan yang mampu meningkatkan ruh Islam , syiar Islam dan ukhuwah Islamiyah.

Kita berharap, puasa dapat mengembalikan kefitrahan kita, sehingga dapat mengisi kehidupan ini dengan sebaik-baiknya dengan semakin meningkatkan amalan-amalan ibadat kita.

Wallahu a’lam…

Ulasan or edit ckit2 daripada : )
“KEAJAIBAN AKIDAH
Penerang Jalan Kecemerlangan Insan Mukmin”
Penerbit : Pustaka Jiwa Sdn. Bhd

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.

Suatu sejarah yang tidak dapat dilupakan apabila pertama kali ditugaskan menyampaikan ceramah berkenaan Ramadhan dalam masa hampir setengah jam secara sepontan. Ana cuba sampaikan apa sahaja yang terlintas untuk memenuhi slot tersebut tapi apa komen juri?? Komel salah seorang juri dihadapan sahabat-sahabat ana, “Ceramah kamu tak menarik langsung, tak sedap, tak ada fakta!! Yang ada hanya ‘goreng-goreng’ sahaja”. Apa tindakan anda apabila mengalami situasi begitu? Senyuman adalah ubat kepada ketegangan. Dengan penuh iktikad ana bisikkan dalam hati, ana sedang diuji. Bersabar sahaja yang mampu dibuat...

Sekadar perkongsian bersama (bukan ceramah =>) untuk pengisian di bulan yang mulia ini, satu hadith yang diriwayat daripada Tabrani ; daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit r.a, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda pada suatu hari sedangkan Ramadhan telah datang kepada kami “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah swt akan menumpukan perhatianNya kepadamu di dalamnya, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa, Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu di dalamnya dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah dia yang telah diharamkan dari rahmat Allah swt pada bulan ini”


Jom berlumba-lumba mencari rahmat Allah.

Dalam hadith ini, kita boleh lihat betapa besarnya keberkatan bulan ini berbanding bulan-bulan lain.Pertama-tamanya, Allah akan menumpukan perhatianNya kepada kita hamba-hambaNya, menurunkan Rahmat, menggugurkan dosa serta mengkabulkan doa-doa kita. Apakah yang lebih diharapkan dari seorang hamba yang dhaif ini selain dari itu semua. Dia menyaksikan perlumbaan-perlumbaan kita di bulan ini. Berlumba-lumba ialah melakukan sesuatu dengan kehendak yang bersungguh-sungguh untuk mengatasi orang lain, bekerja dalam melawan dan menandingi orang lain. Bukanlah suatu perkara yang hendak dimegah-megahkan tetapi sekadar menceritakan nikmat Allah swt. Memang celaka bagi manusia yang telah diberi kesempatan untuk memasuki bulan ini tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat darinya samaada rahmat dan maghfirahNya. Nauzibillah himinzalik…Moga madrasah tarbiyah ini mampu memupuk didriku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
“Ya Allah jadikanlah Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya & ketemukanlah daku dengan malam yang tiada malam yang lebih baik darinya(Lailatu Qadar)” amin…

Thursday, August 28, 2008

Harapan Bonda



Assalamualaikum...

Satu ketika, sambil duduk2 bersembang dengan umi, "kak chik buat la sajak or cerpen2 islamic, nanti umi publishkan" katanya penuh harapan.Umi membuka rahsia cita2nya dulu utk menghasilkan karya2 islamic yg boleh menjana fikrah ummah . Itulah harapan bondaku yang telah disampaikannya berkali-kali sebelum ini supaya aku berkarya. Untuk pengetahuan semua, bondaku adalah seorg guru B.M & KT di sebuah sekolah rendah sekitar Bangsar, KL. Dalam kesibukan bondaku menjadi pendidik dan membesarkan kami, bondaku juga sangat beria-ria untuk menyambung pelajarannya dalam bidang Linguistik(bahasa). Kekentalan SEMANGAT mu untuk menyambung pelajarn menjadi inspirasiku. Sayang umi selalu =']. Sometime, saya suka juga mengarang tp tidak berkesempatan utk di documen kan. Cikgu tuisyen english ku pernah meluahkan, "Althought in the limited word you can have cerpen like this, I think you have the talent to make marvellous idea in Malay".Moga dengan tertubuhnya 'syaukatulwardah' ini menjadi medan utk practice dan tempatku mengasah bakat. Umi...I'm tring to develope myself. Kawan2 semua, please support me. Jazakillah