Saturday, May 2, 2009

Aku menyintaimu FILLAH

Bismillahirrahmanirahim…




“Aku menyintaimu fillah”. Ungkapan hikmah dari hati atau dari kedua bibir semata-mata?

Bila bercakap pasal cinta, hati rasa berbunga-bunga dan bahagia. Mungkin ada yang senyum segan bila mula baca tajuk entri ini. Pap!!sungguh…orang Yahudi telah berjaya memandulkan pemikiran kita. Apa yang ada dalam fikiran kita sekarang? Bila bercakap tentang cinta, apa perkara yang pertama kita terbayang?? Mgkin majoritinya menterjemahkan cinta romeo & Julian. Knp bukan cinta Ilahi yang bertandang dulu dibenak pemikiran ini. Ayuh ubah paradigma ini, kembali kpd fikrah islami. Kita ubah segalanya…Islam mengajarkan cinta Allah yang pertama.


sayang-sayang Allah,
sayang-sayang Nabi
,
sayang-sayang ayah,
sayang-sayang ibu,
Allah…

Saya pernah tersentak bila sahabat saya pernah mengulas hal ini. Untuk enri kali ini saya bawakan “Aku menyintaimu fillah” buat kita mampu berfikir apa yang sudah kita tuturkan selama ini kerana “hati, akal dan fikiran akan di pertanggungjawabkan”.


Kita biasa mendengar atau kita sendiri yang menuturkan, “Sayang kamu,fillah”,” uhibbuki fillah” dan seumpama dengannya. Untuk itu, ayuh teliti analogi ini.


Analogi:
Kita memiliki satu payung merah hati. Sewaktu hendak membuka payung ni, kita hanya menolak separuh sahaja dari batang payung.( bleh bayang kan ape maksud saya?- anda pandai buka payung kan) Apa akan jadi pada payung kita? Tentulah bukaan payung tadi tidak sempurna atau kucup.Bagaimana pula jika anda menolak bukaan batang payung habis-habisan?? Sudah tentu kembang molek payung td


Apa yang cuba saya jelaskan di sini adalah ukuran sedalam mana cinta kita pada Allah berkait rapat dengan cinta kita pada saudara kita. Semakin dalam kita menolak batang payung, semakin kembang/ sempurna payung td. Sama juga dengan persaudaraan fillah ini, semakin dalam atau manis cinta kita kpd Allah, insyaAllah semakin subur cinta kita kpd saudara kita. Iman adalah basic kpd ukhuwwah. Iman lah yang mendorong kita bangkit membela saudara kita yang beribu-ribu km jauh dari kita bila mrk di serang. Kita bukan bwt demo Palestin/ perhimpunan halal seruan memboikot barang2 Israel dan sekutunya suka-suka, ikut kawan, cari pengalaman dan tambah kenalan. Tapi iman lah yang menolak kita utk ke sana.


Buktinya, persaudaraan dua saudara muhajirin dan ansar. Bila pertama kali berjumpa sudah sanggup berkorban apa sahaja utk saudaranya. Bukan semua orang Yathrib datang buat Perjanjian Aqabah I dan II untuk cukup menimbulkan cinta mereka kepada Muhajirin. Knp begitu?? Ketahuilah wahai saudara-saudari, keimanan telah pun terbina dalam diri golongan Ansar sebelum mereka menyambut ketibaan Rasulullah saw dan para Muhajirin lagi. Mereka bukan seibu-sebapa, pernah makan sepinggan mahupun tidur sebantal. Iman lah yang menautkan mereka. Selalu makan, berjalan, tidur dan selalu buat aktiviti bersama adalah antara wasilah-wasilah utk kita membentuk ukhuwwah tapi benda yang paling dasar adalah rasa kecintaan kpd Allah(level iman kita). Saya tidak kata buat aktiviti yang menyemai ukhuwwah itu tidak penting cuma dalam masa yang sama kita sama-sama semai iman ini.
Eg. Saling pesan-memesan utk berpuasa, jaga pandangan, qiam dan solat berjemaah.


Dapatlah saya simpul di sini bahawa, untuk membaiki rasa cinta kita kpd saudara kita perlulah di mulakan dengan membangkitkan rasa cinta kita kpd Allah dulu. Iaitu buat/ perbanyakkan aktiviti bersama* yang boleh membangkitkan iman kita.Kan kita yang menyandarkan rasa cinta itu kerana Allah. Maka kata-kata hikmah, “aku menyintamu fillah” bukan sekadar azimat yang hanya manis di mulut tapi jatuh ke lubuk hati.


*sesame gender

No comments: